December!!!
exam mood. wake me up when december end!
Tinta Hati Beta
SHAKILA ABU HASAN Read Law, Negorian Kuala Terengganu
Monday, 1 December 2014
Sunday, 23 November 2014
malam uoolssss....
okay, disebabkan malam ni banyak selfie, so nak belanja sikit gambar-gambar yang sempat dirakam. opsss! lupa nak habaq mai. tadi p majlis perasmian 'Law Survival Week'. Program fakulti yang diadakan setiap tahun. and as usual I'm not really interested to join the game. Mueheheehheee. So, enjoyyy :)
okay, disebabkan malam ni banyak selfie, so nak belanja sikit gambar-gambar yang sempat dirakam. opsss! lupa nak habaq mai. tadi p majlis perasmian 'Law Survival Week'. Program fakulti yang diadakan setiap tahun. and as usual I'm not really interested to join the game. Mueheheehheee. So, enjoyyy :)
Women in black :) Lawrians of UniSZA 2014/2015
Friday, 21 November 2014
My Life.....
hai uuooollsssssss
Pekabo? Sihat dop? Make doh? Maye? Hok aloh... klate pulok doh.
hukhuk. ok la uoolsss, ioolsss nak habaq cerita pasal malam semalam ni. semalam ioolsss lepak la dengan hakak-hakak yang sememangnya lebih tua dari ioolsss la kan. sorang tu namanya Kak Hajar, made in Pontian, Johor. Kabare kabare gitu dong. Hikhik! nak dijadikan cerita Kak Hajar ni memang la gila korea. Memang semua lagu korea dia hafal lah. Cakap korea pun fasih. Jangan bahasa Korea je, bahasa-bahasa asing lain pun dia dah master. Ohemmmmmmgii. Aku ni tau bahasa melayu dengan bahasa omputih je. Tu pun bahasa omputih still sangkut-sangkut. So sadd uoolsss...
Ok la, disebabkan lepak sama-sama semalam, dia pun mula la mengeluarkan hard-disk nya yang mengandungi movie-movie english, korea, bollywood, hollywood and segala macam woood la.
Dan sampai part aku, terkeluar la pulak statement "orang tak layan movie, korea bla bla bla ni...." hah! tak ada life langsung kau ni! alamakkkkk. kena setepek kot. So sadd ioolsss bila dikatakan begitu. Dah ioolsss ni tak minat nak nonton-nonton, ngumpul-ngumpul movie macam tu, nk buat guane ye dop? tapi tu la, salah juga la diri ioolsss ni ioolsss rasa sebab memang tak ada life pun.. kahkahkah!! semua tak minat, semua tak suka, semua tak best, apa yang minat pun ioolsss tak faham la. I'm so complicated uoolssss. payah nak dapat suami kalau macam ni. Tettttt!!!!! ok bye!
Nah, layan lagu jiwang jap. Btw, nak cakap Sham Kamarul ni future doctor tau. See.. doctor pun pandai nyanyi. Untung la patient dia nanti. Kikikikkk. Enjoy.. Kbye!
Thursday, 20 November 2014
Haluuuuuuuu, salam banjir dari perantauan.. muehehee!!
Perantauan sangat nyahh. Well first time in my life kot nak hadap situasi gini. Hujan non stop, dengan baju tak kering, badan pulak buat hal *sooobbbb soobbbb meleleh leleh nyahhh.
Sebenarnya tak tahu nak describe feeling ni macam mana. happy kah? tenteram kah? damai kah? but surely I'm little bit sad. Miss my mom, my home actually!! Tak tahu lah kenapa diri ni masih tak dapat nak terima kenyataan yang diri ni kena pergi jauh untuk ubah jadi lebih baik. Duduk bawah ketiak mak sampai bila? Sampai orang masuk meminang? Oppsss!!! Siapa nak anak dara yang duduk bawah ketiak mak ni dik oi. Pergi la merantau tengok tempat orang pulak kan. Pandai-pandai la bawak diri, pandai-pandai la berdikari. Ini masa untuk kumpul pengalaman. Pengalaman itu yang akan mematangkan. Ceeeewahh!! See... bercakap mengalahkan Dato' Fadzilah Kamsah, tapi sebenarnya hanya nak sedapkan hati. Reality is diri ini sedang berduka lara. Alahaiii.....
Come on la kila. Sedar tak, you have to face a very hectic life here, full of commitment towards study, then how come you still being sad? Homesick perkara biasa. Normal person memang akan rasa macam tu. So, dont worry la. Sebulan setengah to go, then ada masa sebulan to spend with your beloved family.
Memikirkan minggu yang sarat dengan test, assignment ada satu lagi yang still under progress, next month start final test, woowww!! cepatnya masa berlalu. pejam celik dah nak habis satu sem. jangan terlalu gembira wahai badan. prepare well physically and mentally untuk sem depan. hadapkan semua subjek law.. Allahurabbi!! Mampukah?? well..... belum cuba belum tahu. Dah tahu nanti baru cerita lagi hokay?
Wednesday, 28 August 2013
Assalam..
Muncul semangat baru selepas me"remove" dia dari dalam hidup ku.. ececeee. yup! thats true. at last aku berjaya menghilangkan perasaanku pada dia. Ya, memang tak dinafikan kadang-kadang teringat jugak kenangan dengan dia * i dont think ad byk kenangan manis*. Tapi I always remind myself. Dia langsung tak layak untuk saya. Dont judge a book by its cover. Its really true, based on my experience. Nah!! rasakan la. Senang sangat percaya kan? Last-last melopong.. haha. But I dont think I rugi banyak. Sebab orang macam tu memang tak layak la untuk dicintai dan disayangi.
As the conclusion, terasa bahagia sangat bila dah lepaskan perasaan tu. Rasa seperti dilahirkan semula. Hahahahahaaa..
Ternyata saya lebih bahagia bila tak mengenangkan dia.
Dengan adanya kawan-kawan yang always cheerish my life.
Tengs a lot friends!!
For you dude,
I will never regret.
I will never forget.
Thanks for the pain.
I'm happy with it.
At least I know Allah still love me.
Wassalam.
Tuesday, 4 June 2013
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
Perancangan Allah itu adalah yang terbaik.... Ya, memang itulah yang terbaik. Tapi kadang kala kita hanyut dengan perancangan sendiri sehingga satu saat kita sesat tanpa arah tujuan. Dek kerana terlalu leka dengan semua keseronokkan sehinggakan kita lupa bahawa Allah telah merancang segalanya dengan lebih sempurna. Kita hanya merancang, Tuhan saja yang menentukan. Kun Fa Ya Kun...
Perancangan Allah itu adalah yang terbaik.... Ya, memang itulah yang terbaik. Tapi kadang kala kita hanyut dengan perancangan sendiri sehingga satu saat kita sesat tanpa arah tujuan. Dek kerana terlalu leka dengan semua keseronokkan sehinggakan kita lupa bahawa Allah telah merancang segalanya dengan lebih sempurna. Kita hanya merancang, Tuhan saja yang menentukan. Kun Fa Ya Kun...
Subscribe to:
Comments (Atom)




